PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 membabitkan 402,956 calon telah bermula 2 Disember lalu dan akan berakhir pada 6 Februari depan melibatkan 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Pada hari pertama, peratusan kehadiran calon SPM mencecah 97 peratus setakat ini kira-kira 10,000 calon tidak hadir.
Maknanya, 10,000 yang tidak hadir itu secara automatik gagal SPM kerana Bahasa Melayu adalah syarat wajib lulus SPM.
Pada hari ini, calon akan menduduki kertas 1 dan 2 subjek Sejarah, satu perjuangan yang penting kerana ia merupakan subjek wajib lulus untuk mendapatkan sijil.
Sehebat mana dan cemerlang pun subjek-subjek lain, jika gagal Sejarah dan Bahasa Melayu, murid dikira gagal dalam SPM.
Maka, adalah menjadi harapan sebahagian besar ibu bapa jika untuk tahun-tahun hadapan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambah baik kaedah pemarkahan kertas Sejarah supaya lebih ramai murid lulus subjek itu.
Melalui kerja kursus itu, murid boleh menyiapkan sebarang tugasan yang antara lain objektifnya dapat membentuk jati diri supaya mereka lebih memahami sejarah negara melalui kaedah seiring keadaan semasa.
Tempoh pengajaran subjek itu juga boleh ditingkatkan seiring kepentingan subjek itu yang menjadi penentu untuk mendapatkan sijil.
Dengan pelaksanaan kaedah itu, peratusan murid yang lulus subjek Sejarah boleh ditingkatkan semaksimum mungkin seterusnya mengelakkan mereka daripada tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana gagal Sejarah.
Ia secara tidak langsung dapat menarik minat murid-murid untuk cintakan pendidikan dan tidak terpedaya dengan dugaan lain untuk menjadi insan cemerlang