'Amukan' ribut musim sejuk Blair

Iklan
Jutaan penduduk terjejas selepas Blair dijangka menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kebanyakan kawasan.

WASHINGTON - Letusan Artik yang menyebabkan suhu dan angin sejuk melampau sedang melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) bermula Ahad.

Keadaan cuaca buruk itu menjejaskan kawasan dari Lembah Sungai Ohio hingga ke wilayah Pertengahan Atlantik yang tidak pernah berdepan situasi tersebut selama sedekad.

Iklan
Iklan

Ribut luar biasa digelar ribut musim sejuk Blair tersebut turut membawa salji tebal bersama hujan beku ke dua pertiga kawasan timur AS hingga mengakibatkan ribuan jadual penerbangan terpaksa dibatalkan di seluruh lapangan terbang di Midwest.

Salji tebal sehingga 30 sentimeter diramalkan di beberapa kawasan.

Selain itu, pihak berkuasa di beberapa negeri menyarankan orang ramai supaya kekal duduk di rumah dan hanya keluar untuk tujuan kecemasan sebagai langkah keselamatan.

Iklan

Udara Artik yang bertiup ke selatan AS turut merekodkan suhu menjunam kepada satu digit di kawasan Texas hingga menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca sejuk beku di Florida.

Laluan Interstate 70 di Topeka, Kansas diselubungi salji tebal.

Ribut petir luar biasa juga melanda Mid-South dan dikhuatiri mencetuskan tornado di kawasan Arkansas, Louisiana dan Texas.

Iklan

Ketika ini, banyak negeri termasuk Arkansas, Kentucky, Missouri dan Virginia mengeluarkan perintah darurat susulan cuaca buruk itu malah Washington juga berada di bawah amaran salji sehingga Selasa.

Beberapa anggota keselamatan membersihkan salji tebal yang menghalang lalu lintas.

"Ribut musim sejuk ini berkemungkinan akan mengakibatkan gangguan ketara dan membahayakan pengguna lalu lintas serta menyebabkan gangguan bekalan kuasa elektrik di kebanyakan kawasan sebelum ia menjadi sejuk melampau pada minggu ini,” ujar Gabenor Kentucky, Andy Beshear.

Difahamkan, ribut musim sejuk pada kali ini diramal memecahkan rekod taburan salji di beberapa bandar. - Agensi

Pesawat dilitupi salji tebal di Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali di Kentucky.
Hujan beku yang turut dibawa Blair.
Imej satelit menunjukkan pergerakan ribut salji luar biasa itu.