Warga emas maut motosikal terbabas

Iklan
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di KM18, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di kilometer (KM) 18, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, polis menerima laporan daripada anak perempuan mangsa berusia 38 tahun pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki berusia 67 tahun itu dalam perjalanan dari arah Mutiara Rini menuju ke Skudai.

‘Setibanya ke lokasi, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dalaman dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan,” katanya.

Tambah beliau, bagaimanapun warga emas itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di HSA.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat iaitu Inspektor Zulhisyam Aziz di talian 019-7432966," katanya.