Keane kini bersama Ferencvaros

Iklan
Keane

LEGENDA bola sepak, Robbie Keane, 44, dilantik sebagai pengendali kelab liga Hungary, Ferencvaros, kata kelab yang kini menghuni kedudukan kedua liga.

Bekas penyerang Republik Ireland dan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pernah bermain untuk Liverpool selain pemenang Piala Liga bersama Tottenham Hotspur pada 2008, akan menyertai The Greens di kem latihan Ferencvaros di Sepanyol pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kami mengumumkan Robbie Keane sebagai pengganti kepada Pascal Jansen untuk mengetuai juara 35 kali dan pemenang piala 24 kali ini.

"Kelab meletakkan harapan kepada Robbie Keane yang pernah bersama Republik Ireland sebanyak 146 kali," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Keane dilantik sebagai pengurus merangkap pemain kelab liga India, Atletico de Kolkata pada 2018 sebelum memulakan karier pengurusan penuh bersama kelab liga Israel, Maccabi Tel Aviv pada 2023.

Sebagai rekod, Ferencvaros diasaskan pada 1899 oleh Ferenc Springer dan sekumpulan penduduk tempatan daerah kesembilan Budapest.

Iklan

Keane memperoleh 146 penampilan bersama Ireland, yang paling banyak dalam kalangan pemain lain dan masih merupakan penjaring terbanyak negara dengan 68 gol.

Sepanjang karier di padang, Keane telah menjaringkan lebih daripada 300 gol untuk Tottenham Hotspur, Leeds United, Liverpool, dan West Ham United.