Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun

Iklan
Jamal berkongsi gambar beliau bersama cahaya mata ketujuh beliau yang lahir pada jam 9.38 pagi Selasa. Foto ihsan Jamal Abdillah

PENGHIBUR popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 66, menyambut kehadiran cahaya mata ketujuh beliau pada jam 9.38 pagi Selasa.

Seniman yang juga dikenali sebagai Raja Pop itu dikurniakan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg).

Iklan
Iklan

Berita gembira itu dikongsi Jamal dengan Astro AWANI melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

"Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur ALLAH memberi kami rezeki ini.

Iklan

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah," kata Jamal dalam kiriman mesej itu.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidilah Ali sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk menamakan anak ketujuhnya itu dengan nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof.

Iklan

Bayi ketujuh itu merupakan cahaya mata kelima penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 itu sebelum ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.

Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18. - Awani