53 maut, 62 cedera gempa bumi landa Xizang

Iklan
Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze. Foto AP

LHASA - [DIKEMAS KINI] Seramai 53 orang disahkan maut manakala 62 lagi cedera selepas gempa bumi 6.8 pada skala Richter menggegarkan Daerah Dingri di bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang pada 9.05 pagi Selasa (Waktu Beijing), lapor Xinhua memetik ibu pejabat bantuan bencana wilayah.

Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze, juga dikenali sebagai Shigatse.

Iklan
Iklan

Ketua Daerah Dingri memberitahu Xinhua bahawa gegaran itu jelas dirasai di daerah itu. Pihak berkuasa tempatan kini berusaha menghubungi beberapa perbandaran dalam daerah itu untuk menilai kesan gempa berkenaan.

Menurut laporan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa bumi itu dikesan berada pada 28.5 darjah latitud utara dan 87.45 darjah longitud timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan