[VIDEO] 'Kami reda dalam terpaksa' - Waris

Iklan

KLANG - Suasana di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini pada Selasa agak sayu namun tenang berbanding insiden kekecohan melibatkan waris dan pihak berkuasa yang bertugas pada Isnin.

Namun, rata-rata waris ditemui Sinar Harian tetap menzahirkan kekecewaan kerana tidak diberi peluang memasuki tanah perkuburan bagi melihat sendiri kerja penggalian dan pemindahan kubur.

Iklan
Iklan

Mereka kecewa apabila waris hanya dibenarkan untuk menyaksikan proses penggalian dan pemindahan kubur bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu menerusi celahan pagar zink.

Salah seorang waris, Ani Mohamad Yusof, 56, berkata, mereka reda dalam terpaksa untuk menerima hakikat proses penggalian dan pemindahan kubur tetap dilaksanakan walaupun berharap sebaliknya.

Iklan
Waris hanya dibenarkan untuk menyaksikan proses penggalian dan pemindahan kubur di sebalik pagar zink. Gambar kecil: Ani, Rozita, dan Mohd Azuan Shamsir

"Sedih kerana belum sampai tiga tahun jenazah dikebumikan, perlu dipindahkan pula," ujarnya.

Sementara itu, adik iparnya, Rozita Sapar, 56, berkata, walaupun sedih dan terkilan tidak diberikan peluang memasuki tanah perkuburan namun bersyukur proses pemindahan itu berjalan dengan lancar.

Iklan

"Ini kubur abang, saya tetap rasa sedih dan terkilan tetapi jika mereka buat pemindahan ini secara sempurna tidak mengapalah," ujarnya.

Suasana di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada Selasa agak sayu namun tenang berbanding insiden kekecohan melibatkan waris dan pihak berkuasa yang bertugas pada Isnin.

Sementara itu, seorang lagi waris, Mohd Azuan Shamsir Samsuri, 40, berkata, dia bimbang kekecohan yang berlaku pada Isnin berulang namun keadaan lebih terkawal pada Selasa.

"Insiden kekecohan semalam (Isnin) kerana waris tidak dibenarkan masuk namun hari ini (Selasa) kami diberikan kelonggaran untuk berada di luar pagar zink untuk melihat proses penggalian," ujarnya yang mewakili keluarga mertuanya.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati proses menggali yang turut disertai beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kontraktor terlibat berjalan dengan lancar.

Keadaan menjadi lebih terkawal dengan adanya kawalan sekumpulan anggota Polis Diraja Malaysia dengan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta kontraktor terbabit.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 18 Julai 2023 dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Oktober tahun lalu telah menimbang dengan teliti dan meluluskan Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam yang terlibat dengan Jajaran ECRL itu.