Premis hiburan tanpa lesen di Klang disita

Iklan
Sebuah pusat hiburan di Jalan Pekan Baru 39, Klang dikenakan tindakan sita selepas didapati beroperasi tanpa lesen.

KLANG - Sebuah pusat hiburan di Jalan Pekan Baru 39, di sini dikenakan tindakan sita selepas didapati beroperasi tanpa lesen sejak dua bulan lalu.

Kesalahan itu dikesan menerusi operasi penguatkuasa premis hiburan dijalankan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerusi Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasanya.

Iklan
Iklan

MBDK dalam satu kenyataan berkata, pasukan pihak berkuasa tempatan itu membuat pemeriksaan di premis berkenaan selepas menerima aduan awam.

Premis hiburan ini disita di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan Selangor 1995 Pindaan 1998 dan 2001.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan dijadikan sebagai pusat aktiviti hiburan istirahat lounge dan telah beroperasi selama dua bulan.

Iklan

"Pengusaha juga didapati menjalankan aktiviti hiburan lounge tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Melesen dan menimbulkan kacau ganggu bunyi bising daripada aktiviti hiburan tersebut," ujarnya.

Berikutan itu, jelasnya, premis berkenaan disita di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan Selangor 1995 Pindaan 1998 dan 2001.

Iklan