Rasuah lulus pemeriksaan kenderaan berat, lapan individu ditahan SPRM

Iklan
Pegawai SPRM mengiringi suspek yang terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 11 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Iklan
Iklan
Dua individu direman lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.

"Penahanan kesemua suspek adalah hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.

"Bagaimanapun keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil," katanya pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, dua lagi individu telah direman selama lima hari bermula Selasa sehingga Sabtu.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.