Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri

Iklan
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini. Gambar hiasan (Foto dijana oleh AI)

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Iklan
Iklan

Bagi Negeri Sembilan, amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

Iklan

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini.

Kawasan terlibat merangkumi Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis). - Bernama

Iklan