Polis siasat kemalangan libat warga asing

Iklan
Tangkap layar mengenai kemalangan yang tular di TikTok.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan jalan raya di Jalan Tun Fatimah, Kangkar Tebrau, membabitkan warga asing.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan dua motosikal jenis Honda RS150 dan Yamaha Y-15ZR yang berlaku sekitar jam 6.30 petang, Isnin lalu.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta, seorang lelaki warga Pakistan berusia 25 tahun keluar dari simpang untuk membelok ke kanan jalan.

Iklan

"Dalam masa sama, sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus dari arah kanan gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan hadapan kereta dan sebuah lagi motosikal dari arah kiri turut gagal memberhentikan kenderaan dan melanggar bahagian sisi kiri kereta.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan di mana pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan, namun seorang lagi penunggang cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.

Iklan

Punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu kereta yang tidak berhati-hati ketika keluar dari simpang, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes ini disiasat di bawah Rule3(2)(B) LN166/59.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182222.