Hilang 12 hari, wanita OKU dijumpai merayau

Iklan
Siti Zaharah ditemui merayau di Kampung Baru Suria Mentakab oleh orang awam pada 2 Januari lalu.

TEMERLOH - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di rumah pangsa Mentakab di sini sejak 22 Disember lalu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Wanita itu, Siti Zaharah Mohd Anuar, 47, ditemui sedang merayau-rayau pada 2 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, atas maklumat orang awam, wanita terbabit ditemui di Kampung Baru Suria Mentakab.

"Anggota dari Balai Polis Mentakab menjumpai wanita tersebut dan disahkan orang yang hilang sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, kehilangan Siti Zaharah yang mengalami masalah ketidakupayaan mental dilaporkan oleh adiknya yang berusia 41 tahun pada hari sama selepas disedari tiada dalam bilik kira-kira jam 7 pagi.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga wanita terbabit antaranya menampal poster wajah Siti Zaharah sekitar bandar Mentakab dan Temerloh.

Iklan