Pasukan Senoi Praaq guna bot, motosikal kawal sempadan Malaysia-Thailand

Iklan
Anggota pasukan elit Senoi Praaq daripada Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara melakukan rondaan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan bot di sekitar kawasan yang dikenal pasti aktif dengan pencerobohan sempadan negara di Sungai Golok hari ini. - Foto: Bernama

PASIR MAS,- Kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, kini diperhebatkan dengan rondaan menggunakan bot oleh anggota pasukan elit Senoi Praaq daripada Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, rondaan itu dijalankan di sekitar kawasan yang dikenal pasti aktif dengan orang ramai melintas sempadan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, rondaan bermula jam 8 pagi hingga 7 malam setiap hari melibatkan kawasan tumpuan antaranya pangkalan haram seperti pangkalan MCA, pangkalan Pohon Jambu dan Tok Awang Belulang di Rantau Panjang.

"Walaupun kawalan ketat, kita pasti masih ada individu yang cuba menyelinap masuk atau keluar melalui laluan haram dan dengan kawalan ini, sudah pasti mereka berasa bimbang untuk menyeberangi sempadan secara haram.

Anggota pasukan elit Senoi Praaq daripada Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menggunakan motosikal ketika melakukan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok - Foto: Bernama

Iklan

"Sebanyak tiga bot digunakan iaitu tiga anggota bagi satu sesi bermula dari Pos Ibrahim Pencen hingga Pos Terusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusoff berkata, rondaan juga dilakukan berdasarkan keadaan di pangkalan-pangkalan yang sentiasa menjadi"hotspot” atau tumpuan pada waktu puncak.

Iklan

Beliau berkata, rondaan menggunakan bot itu merupakan cetusan idea daripada Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid bagi menangani permasalahan di sempadan.

Anggota pasukan Senoi Praaq daripada Batalion 18 PGA Briged Utara melakukan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok - Foto: Bernama

"Anggota Senoi Praaq ini turut membuat rondaan secara berjalan kaki pada waktu malam dan kita yakin dengan keberkesanannya.

"Selain itu, rondaan bermotosikal juga turut dipertingkatkan di kawasan laluan sempit dan sukar dilalui bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya. - Bernama