Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bharu atas pertuduhan mengedar lebih 14 kilogram dadah pada Disember lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Cheng Ee Fei, 32, dan teman wanitanya, Chan Pei Een, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.