SHAH ALAM - Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga 23 Februari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman sesawang rasminya memberitahu antara kawasan yang terlibat adalah Sepang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.