Haram buat ulasan palsu untuk tarik pelanggan, lariskan jualan

Iklan
PERBUATAN melakukan ulasan palsu adalah haram dan dilarang dalam agama Islam. Foto: CANVA

MELAKUKAN pembelian barang atas talian sudah menjadi pilihan ramai pada masa ini, cuma sukar untuk kita melihat rupa bentuknya berbanding jika berurus niaga terus di kedai berkenaan.

Disebabkan itu, terdapat sebilangan peniaga tidak bertanggungjawab yang menyiarkan ulasan palsu (fake review) untuk menarik orang ramai supaya membeli barang jualannya.

Iklan
Iklan

Bahkan, adakalanya ulasan sebegitu dibiarkan tersebar luas dan tidak dipadam kerana bimbang akan mendatangkan kerugian.

"Bahkan, sesiapa yang melakukannya wajib bertaubat kepada ALLAH SWT.

Iklan

TINDAKAN melakukan ulasan palsu itu sama dengan perbuatan menipu kerana penjual memanipulasi sistem e-dagang tersebut dengan membuat belian barang sendiri dan meninggalkan ulasan pada barang niaga sendiri serta tidak diketahui oleh bakal pelanggannya. -Foto: CANVA

"Bukan itu sahaja, pelaku yang telah berbuat demikian perlulah memadam ulasan tersebut atau memaklumkan kepada pelanggan di platform jualan berkenaan bahawa beberapa ulasan adalah palsu yang ditulis oleh dirinya sendiri,” katanya sebagaimana dipetik menerusi infografik yang disiarkan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan, tindakan melakukan ulasan palsu itu sama dengan perbuatan menipu kerana penjual memanipulasi sistem e-dagang tersebut dengan membuat belian barang sendiri dan meninggalkan ulasan pada barang niaga sendiri serta tidak diketahui oleh bakal pelanggannya.

"Penipuan dalam jual beli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya penipuan yang telah dirancang oleh penjual itu sendiri kerana ingin melariskan produk dan menarik perhatian bakal pembeli untuk mendapatkannya.

"Para ulama fiqh menyebut bahawa perbuatan menipu sebegini sebagai at-tadlis. Antara persamaan yang disifatkan pada cara penipuannya adalah wujudnya unsur perancangan daripada penjual sendiri untuk menipu pelanggan dan mencipta persepsi bahawa barang dagangannya itu bagus, berkualiti dan sebagainya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web ekemusykilan.penang.gov.my.

ELAKKAN meletakkan ulasan palsu ketika melakukan urusan jual beli semata-mata demi menarik pelanggan membeli dan melariskan jualan. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Jabatan mufti itu kemudian memetik pandangan Al-Jamal bahawa al-Ghisy merupakan at-tadlis iaitu menyembunyikan kecacatan barangan dan menghiasnya supaya pelanggan tertarik dengan produk dagangannya.

"Bukan itu sahaja, penipuan itu juga boleh membawa kepada satu amalan jual beli yang diharamkan oleh syarak iaitu an-Najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian tinggi, sedangkan dia tidak berniat membelinya).

"Tujuan al-Najsh itu adalah supaya orang lain merasakan bahawa barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga lebih mahal,” katanya.

Kepada mereka yang membuat ulasan palsu itu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menasihatkan umat Islam agar berlaku jujur untuk bertaubat.