Treler masuk gaung: Identiti kelindan dikenal pasti

Iklan
Anggota bomba melakukan pencarian dua mangsa yang tersepit selepas treler dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala ke Bentong pada Isnin. Foto ihsan PDRM

BENTONG - Identiti mangsa kedua yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala ke Bentong pada Isnin telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali Shamsol Yaakob, 40, selepas pengecaman dilakukan oleh pihak keluarga yang datang dari Taiping, Perak di Hospital Bentong.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian tersebut, mangsa bersama pemandu, Norazuat Mokhtar, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum ini, Zaiham memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.50 malam.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan besi buruk dipandu mangsa dari Bukit Kemuning, Klang menghala ke Kuantan.

"Apabila sampai di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam gaung.

Iklan

"Kejadian menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.