Kejutan hari pertama Terbuka Malaysia

Iklan
Axelsen kalah kepada pemain Hong Kong dalam saingan awal Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Selasa. - Foto Bernama.

HARI pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa disulami keputusan mengejutkan melibatkan nama besar dunia.

Beregu lelaki nombor satu dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen antara yang menjadi mangsa tersingkir awal kejohanan berstatus Super 1000.

Iklan
Iklan

Pasangan dari Denmark itu tumpas kepada gandingan Taiwan, Wang Chi Lin-Chiu Hsiang Chieh 21-16, 18-21, 22-20 dalam saingan selama 62 minit.

Sebagai rekod, Astrup-Rasmussen muncul juara di Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China bulan lalu selepas memusnahkan impian beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final.

Iklan

Turut dihantar pulang awal ialah pemenang pingat emas Olimpik, Tokyo dan Paris 2024, Viktor Axelsen selepas dikejutkan pemain di ranking 21 dunia dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 17-21, 13-21.

Di sebalik keputusan itu Axelsen mengakui tidak berada pada prestasi terbaik dalam saingan pembuka tirai musim ini.

Iklan

"Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai kekalahan ini. Apa yang boleh saya cakap, lawan bermain lebih baik hari ini," katanya.