BEIJING - Angka korban akibat gempa bumi kuat di kawasan sekitar Gunung Everest meningkat kepada 95 orang pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita rasmi China, Xinhua.
Gempa bumi turut mencederakan 130 orang lagi di Wilayah Autonomi Tibet, China, menurut laporan agensi itu pada sebelah petang.