Nelayan tempatan Jasari Ali, 63, tekun membaiki bintur ketam susulan keadaan cuaca buruk dan tidak menentu ketika tinjauan di pangkalan nelayan Kampung Nagalang, Labuan, hari ini.
Bintur ketam yang berasal dari bahasa etnik tempatan Kadayan-Brunei, merujuk kepada sejenis bubu untuk menangkap ketam yang diperbuat daripada bahan seperti dawai dan jaring diikat dengan menggunakan tangsi serta bahan polisterin sebagai pelampung.
Iklan
Iklan
Aktiviti membintur ketam agak popular bagi penduduk dan nelayan kecil sederhana di sepanjang pesisir pantai kawasan sebelah Timur pulau ini.
Hasil ketam yang diperolehi biasanya untuk dijadikan makanan dan sebahagiannya dijual kepada peraih di kedai serta gerai makanan laut di sekitar pulau bebas cukai ini.
Keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini menjejaskan peluang pendapatan bagi sebilangan penduduk dan nelayan di kawasan ini.
Justeru, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Foto Bernama
Artikel Berkaitan