Legenda pecut negara ketuai PSPT UniMAP

Iklan
Zaliman (kiri) menyerahkan watikah lantikan kepada Nazmizan.

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar langkah besar dalam arena sukan dengan pelancaran Projek Sukan Prestasi Tinggi (PSPT).

Inisiatif ini bertujuan memperkasa pembangunan atlet bertaraf dunia dan memastikan kejayaan konsisten di pentas antarabangsa, sekaligus memperkukuhkan reputasi universiti di peringkat global.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, PSPT dirancang secara menyeluruh dengan menumpukan kepada elemen penting seperti pemilihan bakat secara sistematik, pemantauan aktiviti sukan, pengurusan penarikan diri pelajar dari kursus, serta pengesahan jurulatih yang berkredibiliti tinggi.

"Kami yakin pendekatan komprehensif ini akan menjadikan PSPT sebagai platform unggul untuk melahirkan juara sukan bertaraf dunia yang bukan sahaja membawa nama UniMAP ke persada antarabangsa, tetapi juga menjadi kebanggaan negara," ujarnya.

Iklan

Tambah beliau, PSPT UniMAP memberi fokus kepada 11 acara sukan strategik, termasuk olahraga, karate, taekwondo, silat, boling padang, petanque, woodball, teqball, tenis, angkat berat, dan basikal. Setiap acara dipilih berdasarkan potensinya untuk mencipta pencapaian gemilang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Langkah ini bukan sekadar satu inisiatif, tetapi sebuah misi besar untuk mencorak masa depan atlet UniMAP sebagai ikon sukan dunia,” katanya.

Iklan

Majlis pelancaran PSPT di Auditorium Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, turut menyaksikan detik bersejarah apabila bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad, secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi PSPT UniMAP.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, serta Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Profesor Madya Dr Luqman Musa.

Nazmizan, yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, dijangka memainkan peranan penting dalam memacu PSPT ke tahap tertinggi.

Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang sukan, serta sokongan jurulatih berkaliber, PSPT UniMAP bersedia mencipta era baharu dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi.

Pelancaran PSPT ini mencerminkan kesungguhan UniMAP untuk menonjol sebagai institusi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga dalam arena sukan, selari dengan visi universiti untuk melahirkan individu holistik dan berdaya saing di peringkat global.