BEBERAPA keping gambar tersebar di media sosial menunjukkan bekas pengurus Chelsea dan Brighton, Graham Potter sedang berbincang dengan Pengarah Teknikal West Ham, Tim Steidten.
Pertemuan itu menguatkan lagi spekulasi pemecatan Julen Lapetegui yang kini berada dalam tekanan susulan persembahan hambar The Hammers di Liga Perdana Inggeris (EPL).
West Ham kini berada di tempat ke-14 dalam carta EPL dan hanya dipisahkan tiga anak daripada zon penyingkiran.
Beberapa sumber mengakui bahawa kedudukan Lopetegui kini berada dalam ancaman besar menjelang perlawanan Piala FA menentang Aston Villa pada awal pagi Sabtu ini.
Sekiranya Potter dan West Ham berjaya mencapai persetujuan, dijangka kelab itu akan menamatkan perkhidmatan Lopetegui dengan segera.
Potter hampir menggantikan Lopetegui pada Disember dalam perjanjian yang akan menyaksikan beliau menandatangani kontrak sehingga akhir musim.
Namun kelab memutuskan untuk terus mempercayai Lapetegui, dengan syarat prestasi pasukan bertambah baik.
Sejak itu, West Ham berjaya melalui empat perlawanan tanpa kalah, tetapi mereka tewas dalam dua perlawanan terakhir kepada Liverpool dan Manchester City, dengan melepaskan sembilan gol dan hanya menjaringkan satu gol.
Kini, West Ham dilihat bersedia untuk membuat perubahan, dengan Potter berpotensi kembali ke arena pengurusan selepas meninggalkan Chelsea pada April 2023.
Edin Terzic, Michael Carrick dan Sergio Conceicao turut dipertimbangkan sebagai calon untuk menggantikan Lopetegui.
Namun, kelebihan melantik seorang jurulatih dengan pengalaman EPL, ditambah dengan kecenderungan Potter terhadap corak permainan yang menarik dan berasaskan penguasaan bola, selaras dengan tradisi West Ham.
Sebagai rekod, Lopetegui meninggalkan jawatan pengurus di Wolves sejurus sebelum bermulanya musim 2023/24 selepas hanya sembilan bulan memegang jawatan itu.