Giliran Mahkamah Tinggi sahkan
Iklan
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memuktamadkan persoalan Titah Adendum tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk sama ada ia perlu dilaksanakan serta-merta jika titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu didapati menepati lunas undang-undang.
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan itu akan dibuat hakim selepas menilai fakta dan undang-undang susulan Mahkamah Rayuan pada Isnin membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mengesahkan dan menjawab kewujudan titah tambahan tersebut.