[VIDEO] Harga kopi tempatan juga naik sehingga RM30 sekilogram

Iklan

SIK - Permintaan tinggi terhadap pasaran kopi didorong trend minum kopi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini menyebabkan harganya turut melonjak di peringkat tempatan.

Pengurus Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Agrobiz Sdn Bhd, Mohd Zulfadzli Abdul Halim mengakui harga kopi semasa semakin meningkat berbanding 10 ke 15 tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan itu juga mendorong kemungkinan berlaku peningkatan harga biji kopi di peringkat ladang termasuk mempengaruhi benih dan anak pokok yang juga berpotensi mendapat permintaan tinggi.

"Harga biji kopi sekitar RM10 hingga RM15 sekilogram pada 2010 namun meningkat hingga RM25 hingga RM30 sekilogram ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Mohd Zulfadzli meninjau keadaan buah kopi yang terhasil di kawasan ladang KEDA Agrobiz Sik Kedah.

Jelasnya, peningkatan harga juga berlaku berkemungkinan disebabkan permintaan terhadap kopi yang meningkat dalam kalangan penggemar termasuk anak muda.

"Di Utara dengan keadaan cuaca dan panas yang diperlukan, sesuai untuk penanaman jenis Robusta.

Iklan

"Bagaimanapun, kebanyakan kopi diimport dari luar termasuk Indonesia. Walaupun kita mempunyai ladang kopi, namun masih tidak dapat tampung permintaan tinggi.

"Jadi trend minum kopi turut menyumbang kepada kenaikan harga kopi,” katanya.

Mohd Zulfadzli melihat buah kopi yang ditanam di kawasan ladang KEDA Agrobiz di Sik Kedah.

Beliau berkata, keadaan itu meningkatkan penanaman kopi sejak kira-kira lima tahun lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pemilik kafe di Malaysia yang mengimport biji kopi dan menjual kopi kini berdepan cabaran harga berikutan harga biji kopi mencecah paras tertinggi.

Kos biji kopi terutamanya daripada pembekal utama Brazil dan Vietnam dijangka terus meningkat pada 2025, disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan yang didorong oleh permintaan global yang tinggi.