[VIDEO] AMK Johor gesa pembangkang jangan tabur fitnah kepada PM

Iklan

JOHOR BAHRU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor menggesa pembangkang agar tidak terus menerus menabur fitnah kepada pimpinan negara teruamanya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Taufiq Ismail, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia secara tidak langsung boleh mencemarkan reputasi Perdana Menteri dan kerajaan itu sendiri.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, fitnah terhadap pimpinan Kerajaan Madani, terutamanya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak pembangkang perlu dihentikan segera.

Taufiq (depan, tengah) ketika membuat laporan polis berkenaan.

"AMK Johor telah membuat laporan polis berkenaan fitnah yang telah dilemparkan kepada Perdana Menteri, terutamanya melibatkan Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan

"Setakat ini, beberapa pimpinan pembangkang seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Rosol Wahid, Fahli Shaari dan S Subramaniam didapati telah membuat hantaran-hantaran yang merupakan fitnah yang berniat jahat dan bertujuan mengancam ketenteraman awam dan mengundang kebencian terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

"Setakat jam 8.30 malam tadi, (Selasa), saya dimaklumkan sejumlah 50 aduan atau laporan polis telah dibuat oleh rakan-rakan AMK di seluruh negara berhubung perkara ini dan secara keseluruhannya, kami di AMK mengecam fitnah ini... jangan buat lagi,” katanya.

Iklan

Taufiq berkata demikian ketika ditemui setelah selesai membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara, malam tadi.

Hadir sama Naib Ketua AMK Negeri Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad.

Taufiq, Muhammad Faezuddin termasuk beberapa pimpinan AMK dari sekitar negeri tiba ke IPD Johor Bahru Utara jam 8.30 malam dan selesai membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan pada jam jam 10.30 malam.

Untuk rekod, pimpinan AMK di seluruh negara turut membuat laporan polis secara serentak berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, pembangkang terutamanya Pas perlu terus fokus kepada masalah rakyat berbanding ‘menunggang’ beberapa isu politik.

Malah katanya, sepanjang dua tahun sejak PRU15, Perikatan Nasional (PN) juga tidak pernah mengemukakan belanjawan alternatif atau solusi ekonomi.

"Yang kita nampak pihak mereka kemukakan isu bangsa, agama dan ekstremis dan terbaru isu Titah Adendum. Bukankah dulu, Pas yang lantang bersuara 'sumbatkan' Najib ke penjara?

"Oleh itu rasanya, perkara fitnah ini perlu diberikan perhatian serius kerana kita tidak mahu budaya fitnah ini menjadi amalan pula dalam kalangan ahli politik di negara kita ini,” katanya.