Ajal langgar lembu

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan.

TAMPIN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh seekor lembu yang berada di tengah jalan di Kilometer 43 Jalan Tampin-Gemas di sini pada Rabu.

Kejadian jam 12.30 tengah malam itu menyebabkan mangsa berusia 26 tahun yang bekerja sebagai tukang masak meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari kedai makan menghala ke rumahnya di Taman Pinggiran Sungai Kelamah.

"Akibat kemalangan itu, mangsa alami cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Kejadian jam 12.30 tengah malam ini menyebabkan mangsa berusia 26 tahun yang bekerja sebagai tukang masak meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4412502.

Iklan

"Boleh juga hubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor R Sritharan di talian 017-4002611 bagi membantu siasatan.

di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,"katanya.