Titah Adendum: AMK Pahang buat laporan terhadap pemimpin PN

Iklan
Muhammad Zubair (tengah) bersama barisan kepimpinan AMK membuat laporan di IPD Pekan pada Rabu. (Gambar kecil: Chan Kuang )

KUANTAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang membuat satu laporan polis terhadap beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Kerajaan Persekutuan berkaitan Titah Adendum.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Chan Chun Kuang berkata, Perdana Menteri sentiasa menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan prosiding mahkamah, sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, tindakan pemimpin PN untuk memutarbelitkan fakta ini adalah satu usaha berniat jahat untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat.

"Kerajaan Persekutuan adalah menjalankan kerja dan tugas berdasarkan prosedur rasmi dan undang-undang.

Iklan

Laporan polis itu dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah Pekan oleh Ketua AMK Cabang Pekan, Muhammad Zubair Tugimon bersama beberapa pemimpin daripada parti tersebut pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, tindakan fitnah oleh pemimpin PN ini adalah usaha terdesak untuk menjejaskan reputasi kerajaan dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Iklan

Beliau menambah, Malaysia memerlukan politik matang dan berintegriti, bukan politik fitnah dan kebencian.

"Kami berharap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini.

"Politik kebencian dan penipuan tidak boleh dibiarkan meracuni perpaduan rakyat," katanya.


__________________________________________________________________

Titah Adendum: AMK Selangor lapor polis terhadap pembangkang

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah membuat laporan polis terhadap beberapa pimpinan pembangkang yang melontarkan beberapa fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

Menurut AMK Selangor, antara fitnah yang dilontarkan termasuk dakwaan menyembunyikan dan menafikan kewujudan Titah Adendum berhubung isu penahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu memaklumkan, laporan polis itu telah dibuat oleh Ketuanya, Izuan Kasim.

AMK Selangor membuat laporan polis terhadap beberapa pimpinan pembangkang yang melontarkan beberapa fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

"Tuduhan-tuduhan ini tidak berasas dan berniat jahat serta cubaan mencetuskan naratif buruk terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) serta kerajaan.

"Sebagai pimpinan pembangkang, mereka seharusnya menjalankan tugas mereka sebagai semak dan imbang kepada kerajaan dan bukannya menggunakan platform media sosial sebagai medan menyebarkan fitnah serta kebencian terhadap Perdana Menteri dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, AMK Selangor menegaskan kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang individu itu boleh menyebarkan maklumat palsu yang berniat jahat.

"AMK Selangor memandang serius isu ini dan mendesak tindakan keras dapat diambil terhadap mereka yang melontarkan tuduhan tidak berasas ini.

"AMK Selangor kekal komited dalam mempertahankan integriti kerajaan dan Perdana Menteri serta memastikan prinsip keadilan, ketelusan dan kebenaran terus ditegakkan," kata kenyataan itu.