Serie A cabaran baharu Klopp selepas EPL?

Iklan
Jurgen Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Arrigo Sacchi antara faktor penyebab dia tidak menolak kemungkinan melatih kelab Serie A pada masa depan.

Bagaimanapun menurut bekas pengendali Borussia Dortmund itu, pada masa ini dia mahu memberikan sepenuh tumpuan dalam misi memacu The Reds meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 30 tahun.

Iklan
Iklan

"Sacchi banyak mempengaruhi karier bola sepak saya selama ini, selain itu cuaca dan makanan Itali juga fantastik terutama impaknya ketika bersama AC Milan. Falsafah bola sepak Sacchi juga banyak diimplimentasikan dalam corak latihan saya ketika ini.

"Biarpun begitu secara jujur saya perlu memantapkan kemahiran berkomuniksi dalam bahasa Itali kerana penguasaan saya masih kurang bagus.

Iklan

"Apapun selepas selesai tugasan bersama Liverpool, saya tidak akan terus ke Itali, sebaliknya saya akan mengelilingi dunia terlebih dulu," katanya yang memiliki kontrak bersama Liverpool sehingga Jun 2024.

Klopp berkata demikian ketika ditanya Radio Anch’io Sport kelab pilihan seterus pengendali dari Jerman itu selepas tidak lagi bersama Liverpool.

Iklan

Jelas Klopp, dia memerlukan tempoh setahun atau lebih bagi menguasai bahasa Itali sebelum memutuskan keputusan berkelana ke Itali.

"Di Itali saya akan menikmati makanan dan minuman terbaik, saya juga akan meluangkan masa bersama dengan Sacchi, juga bersama (Carlo) Ancelotti atau dengan (Mauricio) Sarri.

"Itali pilihan utama saya untuk berlibur, tapi juga tidak mustahil pilihan mengembangkan karier saya seterusnya," katanya.

Pada ketika ini Klopp berpeluang cerah memacu The Reds untuk kejuaraan liga setelah meninggalkan pesaing terdekat yang juga penyandang juara, Manchester City dengan 25 mata.

Kemenangan 2-0 Manchester United di Chelsea awal pagi tadi membuka saingan untuk kedudukan keempat Liga Perdana yang juga kelayakan ke Liga Juara-Juara, berbeza dengan perlumbaan meraih gelaran yang menyaksikan hanya Liverpool akan bergelar juara.

Namun jurulatih, Ole Gunnar Solskjaer dan Frank Lampard, berkata, Liga Juara-Juara adalah fokus mereka berbaki perlawanan musim ini.

"Kami mahu berada di Liga Juara-Juara musim depan dan kami memberikan peluang dengan keputusan seperti ini,” kata Solskjaer selepas tandukan Anthony Martial dan Harry Maguire memberikan United kemenangan pertama dalam liga selepas sebulan.