Ranking 132 peningkatan positif Harimau Malaya - FAM

Iklan
Harimau Malaya akan memulakan aksi tahun ini menentang Nepal dalam aksi Kelayakan Pusingan Ketiga Piala Asia 2027 pada Mac. Foto FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan Harimau Malaya berjaya mencatatkan peningkatan ranking FIFA yang memberangsangkan pada tahun 2024.

Menurut badan induk bola sepak negara itu, skuad kebangsaan berada di ranking ke-138 dunia pada April 2024 dengan merekodkan 1,095 mata dan berjaya mendaki enam anak tangga menjelang penghujung tahun hasil beberapa keputusan positif yang dicatat.

Iklan
Iklan

"Harimau Malaya melonjak ke tangga 133 dunia pada Oktober 2024 sebelum naik satu lagi anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-132 dunia dengan mengumpul 1,116 mata.

"Peningkatan itu selari dengan sasaran pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju F:30 Fasa 2 (2023-2026) iaitu untuk terus mendaki kedudukan ranking FIFA dan muncul negara teratas di rantau ASEAN.

Iklan

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan fokus pemerkasaan permainan skuad kebangsaan adalah untuk mendaki ranking FIFA dengan menganjurkan lebih banyak perlawanan antarabangsa membabitkan negara dengan ranking lebih tinggi," kata FAM dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka.

Pada tahun lalu, Harimau Malaya telah berdepan beberapa pasukan ranking lebih tinggi di pentas Piala Asia seperti Korea Selatan yang menghuni tangga ke-23 dunia, Jordan (64) dan Bahrain (81).

Iklan

Bukan itu sahaja, skuad kebangsaan turut menentang beberapa pasukan ranking lebih tinggi seperti Oman (80), New Zealand (89), Thailand (97), Kyrgyzstan (107) dan Lubnan (112).

Ujian pertama Harimau Malaya tahun ini adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 dengan pertemuan menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac depan.