KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji strategi untuk masa depan dan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani isu penipuan atau scam dalam talian, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata, menerusi kewujudan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan dan kerjasama semua pihak berkepentingan, kerajaan juga akan terus mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah scam.