'Usah terpedaya dan termakan dengan sandiwara Pas'- Mat Sabu

Iklan
Datuk Seri Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh Pas hanyalah suatu sandiwara, dakwa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman berada dalam Pas selama 37 tahun, ‘fatwa’ politik parti itu juga didakwa boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau mengingatkan ahli Amanah dan umat Islam di negara ini agar tidak terpedaya lagi dengan permainan parti berkenaan.

"Saya bersama Pas lebih 37 tahun iaitu dari tahun 1978 hinggalah 2015. Kemudian saya memilih untuk bersama Amanah yang kita semua tahu, lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam Pas.

Iklan

"Selama berada dalam Pas, saya diajar oleh ulamanya bahawa perbezaan antara Pas dan UMNO bukan setakat perbezaan politik tetapi ia telah sampai ke peringkat perbezaan akidah.

"Saya yang begitu cetek dalam pengajian agama telah mempercayai bulat-bulat hujah yang digunakan oleh ulama Pas ketika mengkafirkan UMNO. Pada waktu itu saya merasakan tiada hujah lain yang boleh mengatasi hujah ulama Pas sehingga hubungan saya dengan ahli keluarga saya yang pro-UMNO menjadi renggang,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Tambah Mohamad, ahli-ahli Amanah atau umat Islam tidak perlu gusar dan rasa gelisah di atas tuduhan Pas kerana percaya, ia hanyalah bersifat semasa dan untuk kepentingan politik sahaja.

Jelasnya, banyak bukti bahawa fatwa Pas boleh diubah sesuka hati demi untuk menghalalkan sesuatu tindakannya.

"Misalnya bila nak larang ahli Pas turun berdemonstrasi, mereka guna dalil.. jangan campakkan dirimu ke dalam kebinasaan tapi bila nak kerah turun berdemonstrasi, mereka guna pula dalil.. berjuanglah ke jalan ALLAH dengan harta dan nyawamu.

"Amalan mengeluarkan fatwa sesuka hati inilah yang akan merosakkan negara sepertimana yang Tan Sri P Ramlee pertontonkan dalam filem Musang Berjanggut dulu.

"Begitulah juga bila hari ini Pas menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, ini hanyalah sandiwara untuk menarik sokongan Melayu. Tidak mustahil suatu hari nanti, Pas akan membuang beliau jika tidak lagi menguntungkan politik Pas,” katanya.


Segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan Pas hanyalah suatu sandiwara, dakwa Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman berada dalam Pas selama 37 tahun, ‘fatwa’ politik parti itu juga didakwa boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan.

Baca:

https://www.sinarharian.com.my/article/706033/berita/politik/usah-terpedaya-dan-termakan-dengan-sandiwara-pas--mat-sabu

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version

#SinarHarian #BuletinTikTok #MatSabu #PartiIslamSemalaya #PolitikMalaysia" />