KUBANG PASU - Beberapa buah kenderaan yang menggunakan jalan Bendang Cheruk, Changlun terbenam dalam lubang yang dikatakan terbentuk akibat pemasangan paip pada Selasa.
Berdasarkan komen di laman Facebook, penduduk mendakwa lubang terbabit berlaku akibat pemasangan paip oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Iklan
Iklan
Bagaimana pun, SADA ketika dihubungi menjelaskan projek terbabit bukan di bawah kendalian mereka.
Lubang yang berlaku didakwa akibat pemasangan paip.
Iklan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, setakat ini tiada laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya disebabkan kejadian terbabit.
Iklan
"Bagaimana pun terdapat satu laporan am di Balai Polis Changlun berkaitan kerosakan kenderaan untuk merujuk kepada syarikat kontraktor pembinaan,” katanya.