Lima warga asing didenda RM1,200 merusuh di Bukit Bintang

Iklan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Tindakan lima rakan warga Algeria, Syria dan Morocco merusuh di pusat hiburan di Bukit Bintang tahun lalu, mengundang padah apabila mereka didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Tiga lelaki warga Algeria, Mouaad Lazib, 26, Haithem Nouaouia, 29, dan Yasin Nasah, 22; lelaki Syria, Abdal Glel serta seorang wanita dari Morocco, Oumaima Mallas, 26, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad Dan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah berhimpun dan mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dengan menggunakan kekerasan di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini pada jam 5.50 pagi, 23 Disember tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa memohon semua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun, peguam, Erickka Farrise Amir yang mewakili semua tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum.

Iklan