Wajib taat suami walau jahat – Ustaz Azhar Idrus

Iklan
BERSABAR adalah salah satu jalan untuk taat kepada suami walaupun dia berperangai jahat. Foto CANVA

SERINGKALI kedengaran kisah-kisah seorang wanita atau isteri yang tidak tahan dengan perangai buruk suaminya sehingga akhirnya hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Bagaimanapun, ada juga sebahagian isteri memilih untuk mempertahankan hubungan yang dibina atas pelbagai sebab termasuklah tidak mahu anak-anak terkesan.

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, para isteri tetap diwajibkan untuk mentaati suami walaupun dia seorang yang penipu, pengkhianat dan menzalimi isterinya secara fizikal dan mental.

"Adapun atas perkara haram, barulah tidak wajib taat suami itu,” katanya dalam akaun YouTube miliknya pada Selasa.

Iklan

USTAZ AZHAR

Tambahnya, sebagai contoh, suami tidak taat kepada perintah ALLAH dan tidak membayar zakat, isterinya wajib taat kepada suami.

Iklan

"Suami tidak mahu solat, isteri tetap wajib taat suaminya itu.

Ustaz Azhar menjelaskan lagi, wajib taat suami yang tidak patuh pada perintah agama dan sekiranya isteri tidak suka, dia boleh mohon perceraian di mahkamah syariah.

Ujarnya lagi, lima perkara yang menyebabkan wanita boleh meminta cerai daripada suaminya dan dia tidak dihukum berdosa kerananya:

1 – Suami menyuruh isteri melakukan perkara haram seperti minum arak.

ISTERI boleh memohon perceraian di mahkamah syariah jika terdapat sebab yang dibenarkan untuk memutuskan ikatan perkahwinan itu. Foto CANVA

2 – Suami melarang isteri melakukan perkara yang wajib ke atasnnya seperti melarang menutup aurat dan memakai tudung.

3 – Suami mendera isteri seperti menyepak, terajang dan pukul.

4 – Suami tidak menyediakan nafkah.

5 – Suami dipenjarakan dengan hukuman minima tiga tahun.

"Jika isteri tidak mahu bercerai dan nak jadi isterinya juga, dia perlu bersabar dan menasihati suaminya itu,” jelasnya.