Amy Mastura tolak rawatan kecantikan moden

Iklan
Amy Mastura masih nampak kekal muda biarpun pada usia 53 tahun.

JIKA kebanyakan selebriti memilih rawatan moden untuk mengekalkan kecantikan, lain pula dengan pelakon dan penyanyi popular, Amy Mastura.

Dedah pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi, beliau tidak pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kosmetik atau melakukan rawatan kecantikan moden seperti suntikan.

Iklan
Iklan

"Lagipun sekarang dengan kecanggihan teknologi dan solekan moden, kita boleh nampak lebih muda daripada usia sebenar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya rahsia kecantikannya, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu tidak mengamalkan sebarang rutin tertentu.

Iklan

Namun dalam masa sama, pelakon yang cukup meledak menerusi filem Puteri Impian itu tidak lokek berkongsi petua.

"Mungkin satu sahaja saya boleh katakan, amalkan senyuman. Kalau ikutkan pemakanan pun saya tidak jaga, tetapi saya ambil secara sederhana dan tidak terlalu cerewet," jelasnya.

Iklan

Dalam masa sama, pelatun lagu Bintang Hati itu tetap bersyukur kerana diberikan tubuh badan sihat pada usia 53 tahun dan menyifatkan ia sebagai nikmat yang paling berharga buat masa ini.

Amy Mastura tidak pernah terfikir untuk melupakan terus bidang nyanyian.

Bagaimanapun sama seperti individu lain yang seusia, dia juga tidak terlepas melalui proses penuaan.

"Seperti kebanyakan manusia lain, saya juga mengalami proses penuaan itu. Tahap penglihatan semakin berkurangan, badan ada masanya terasa lenguh.

"Tetapi saya bersyukur, setakat ini, penyakit tiga serangkai itu belum berlaku kepada saya. Saya tidak berani kata tidak ada, sebab kita pun tidak tahu ketentuan ALLAH. Apa pun setakat ini, Alhamdulillah,” kongsinya.

Masih aktif

Sementara itu, berkongsi mengenai karier seninya kini, Amy berkata, meskipun dilihat lebih banyak berada di lapangan lakonan, dia masih lagi menerima tawaran nyanyian.

Malah sejak bergelar hajah Jun lalu, Amy tidak pernah terfikir untuk melupakan terus bidang nyanyian.

"Saya masih menyanyi tapi tidak banyak. Apabila orang perkenalkan saya sebagai hajah sebelum saya menjayakan sesebuah persembahan, saya malu memikirkan seorang hajah menyanyi.

"Cuma tidaklah sehingga terfikir untuk berhenti menyanyi sebab masih ramai penyanyi bergelar hajah masih aktif seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datin Alyah," tuntasnya.

Dalam masa sama, drama lakonan Amy, Berbahagi Suami kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (saluran 105).

Drama arahan Uchee Fukada itu menyaksikan Amar Baharin, Elizad Sharifuddin dan Sharifah Husna selaku teraju utama.