KAJANG - Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan selepas kakinya tersepit di dalam lubang singki di sebuah rumah di Taman Seri Taming Cheras, di sini, pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.04 petang.
Iklan
Iklan
"Seramai lima anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh empat kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kaki seorang bayi telah tersangkut pada lubang singki.
"Operasi mengeluarkan kaki mangsa telah berjaya dilakukan, mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut," ujarnya.