KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawasan yang terlibat adalah Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim), manakala di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Port Dickson).