'Selamat jalan bidadariku, terima kasih hadir dalam hidup papa'

Iklan
Tangkap layar luahan Amirul yang kehilangan isteri tercinta selepas 582 hari mendirikan rumah tangga.

SHAH ALAM - Seorang lelaki meluahkan kesedihan apabila isteri tercinta, Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira ‘pergi’ dalam keadaan tidur selepas menyusukan anak berusia dua bulan.

Menerusi perkongsian di laman sosial Threads, Amirul_n4fis berkata, dia reda dengan pemergian Nur Izzaty Hafizah walaupun perit menerima kenyataan bahawa isteri kini tiada lagi di sisi.

Iklan
Iklan

"Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa (Amirul) selama 582 hari. 6 Januari 2025, papa kehilanganmu sayang. Kita sudah rancang macam-macam perkara tetapi ALLAH lebih sayangkan mama (Nur Izzaty Hafizah).

"Papa akan jaga amanah ALLAH yang ada ini... Muhammad Faleeq Haq (anak) tetap akan papa jaga, membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat, nanti papa datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” luahnya di Threads pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Amirul turut memberitahu bahawa kematian mengejut isterinya telah membawa kepada kewajiban untuk melakukan ‘post mortem’.

Menurutnya, keputusan menunjukkan bahawa Nur Izzaty Hafizah mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Iklan

"Arwah tiada sakit apa dan tidak mengadu sakit. Kami (Amirul sekeluarga) baharu sahaja sampai dari bercuti di Pulau Pinang. Tidak sangka itu pengakhiran jalan-jalan kami,” ujarnya.