MPHS gempur dua premis ternak burung walit tanpa kebenaran

Iklan
Anggota MPHS memeriksa premis yang menjalankan penternakan burung walit tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu di Bukit Beruntung di sini pada Selasa.

HULU SELANGOR - Dua premis yang menjalankan penternakan burung walit tanpa kebenaran digempur dalam operasi bersepadu di Bukit Beruntung di sini pada Selasa.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan berikutan aktiviti penternakan dijalankan di kawasan strata yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, operasi dilakukan MPHS dengan kerjasama polis dan Ejen Pengurusan Bangunan Strata (GVR Property Management And Services).

"Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan setelah pemilik premis gagal mematuhi arahan notis bagi menghentikan aktiviti penternakan burung walit tanpa kebenaran MPHS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Kenyataan itu memaklumkan, MPHS mengambil tindakan penyitaan barang mudah alih di bawah Undang Undang Kecil (UUK), 45, Penternakan Burung Walit 2013.

"Sebelum ini, notis peringatan juga dikeluarkan Ejen Pengurusan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)," menurut kenyataan itu.

Iklan