LUCAS Bergvall menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham Hotspur memastikan kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liverpool pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga mereka pada Khamis.
Pemain Sweden berusia 18 tahun itu menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson pada minit ke-86 untuk membawa bekalan tipis untuk aksi timbal balik di Anfield bulan depan.
Iklan
Iklan
Liverpool, yang menewaskan Chelsea untuk memenangi Piala Liga itu buat kali ke-10 musim lalu tidak berada dalam prestasi terbaik menyaksikan rekod tanpa kalah mereka dalam 24 perlawanan semua pertandingan berakhir.
Spurs pula hanya menikmati tiga kemenangan dalam 14 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan dengan masalah kecederaan yang memberikan masalah kepada skuad Ange Postecoglou itu.
Malah, pemain tengah mereka, Rodrigo Bentancur terpaksa diusung keluar daripada perlawanan itu selepas mengalami kecederaan sekali gus membayangkan satu lagi perlawanan sukar buat tuan rumah.
Namun, mereka menunjukkan semangat melawan yang jitu, mengejutkan Liverpool untuk memberikan kelegaan kepada Postecoglou yang sebelum ini dikecam kerana prestasi kurang baik Spurs.
Liverpool masih berpeluang untuk mara ke perlawanan akhir dan perlu menang dalam aksi timbal balik di Anfield pada 7 Februari.