Bekerja guna pas lawatan sementara
Iklan
KOTA KINABALU - Dalam beberapa kes yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini, jenazah rakyat Sabah yang meninggal dunia di Korea Selatan menghadapi kesukaran untuk dibawa pulang ke tanah air kerana proses itu melibatkan kos yang tinggi serta prosedur dokumentasi yang rumit.
Selain itu, terdapat juga individu yang mengalami serangan penyakit serius sehingga lumpuh di Korea Selatan terpaksa dibawa balik ke Malaysia kerana tidak mampu untuk membayar kos rawatan yang tinggi di negara berkenaan.