KPM nafi kertas Sejarah SPM bocor

Iklan
KPM menafikan kertas Sejarah SPM 2024 bocor setelah siasatan terperinci selesai dijalankan.(Gambar hiasan) Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menolak dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan mendakwa ia sebagai satu tuduhan tidak berasas.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan terperinci telah selesai dijalankan dengan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.

Iklan
Iklan

"Tangkap layar ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan. Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

"Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan KPM,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, tular di pelbagai platform media sosial mengenai pelajar berkongsi soalan dan jawapan Kertas 1 dan Kertas 2 mata pelajaran Sejarah beberapa hari sebelum diduduki calon.

Sehubungan itu, KPM menasihatkan agar semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

Iklan

Menurut KPM, pihaknya sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM 2024 terjamin.