Peniaga kedai mainan mengaku miliki 148 laras senjata tiruan

Iklan
Tertuduh (dua dari kiri) ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kemaman atas dakwaan memiliki dan mengimport senjata palsu.

KEMAMAN - Seorang peniaga kedai mainan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dua pertuduhan memiliki 148 laras senjata tiruan.

Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa memiliki sembilan laras senjata tiruan palsu di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.30 petang pada 5 Januari lalu.

Iklan

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki dan mengimport senjata tiruan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Iklan

Selain itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa mengikut seksyen sama kerana didapati memiliki 139 laras senjata tiruan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.45 petang di kediamannya di Kerteh di sini pada tarikh dan hari sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh hukuman.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.