Isu montaj TMM 2026, elak kesilapan pada masa hadapan - UMNO Kedah

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai penjelasan King Sing berhubung isu video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026. Gambar kecil: Shaiful Hazizy

ALOR SETAR - UMNO Kedah menganggap ketiadaan montaj masjid di dalam tayangan gimik Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai satu kesilapan teknikal tanpa mempunyai sebarang agenda-agenda tersembunyi.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagaimanapun, kesilapan seperti itu haruslah dielakkan kerajaan pada masa akan datang kerana boleh membawa kepada polemik besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk menggambarkan imej negatif kerana arena politik kini banyak diwarnai oleh penunggang politik yang tidak bertanggungjawab.

"UMNO Kedah menyeru agar sebarang bentuk promosi dan tindakan mengambil kira sensitiviti tertentu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada Khamis.

Iklan

Jelasnya, UMNO Kedah bimbang budaya politik tunggang dan manipulasi murahan akan menjadi budaya berkekalan dalam amalan politik negara.

"Budaya ini, jika tidak dibendung, akan menghakis prioriti utama iaitu politik berpaksikan polisi dan keperluan terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya lagi.

Iklan

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat.

Menurutnya, fokus utama video montaj berkenaan adalah untuk menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif, justeru semua pihak diminta pihak agar tidak mempolitikkan isu berkenaan.