Guru didakwa raba murid dalam rumah hantu direman

Iklan
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Khamis. Gambar kecil: Md Nazri

MELAKA - Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di sini direman enam hari bermula pada Khamis selepas disyaki mencabul dua murid perempuan berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah pada Rabu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kejadian itu diketahui selepas dua murid Tahun Enam sekolah terbabit menceritakan perkara berkenaan kepada guru besar pada Rabu.

"Mangsa dalam keadaan takut dan menangis menceritakan kejadian itu yang didakwa berlaku ketika mereka berada dalam rumah hantu yang dibuka dalam kawasan sekolah.

Iklan

"Mangsa mendakwa suspek telah meraba alat sulit dan payudara mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, guru besar yang terkejut terus mencari suspek dan bertanya mengenai perkara itu, namun dinafikannya.

Iklan

Tambahnya, difahamkan rumah hantu berkenaan akan dibuka sempena hari karnival sekolah pada Sabtu ini.

"Sehubungan itu, pihak sekolah telah membuat laporan polis dan siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

"Suspek telah direman enam hari bermula pada hari ini(Khamis) sehingga 14 Januari depan," katanya.