JKDM kutip hasil RM65.57 bilion tahun lalu

Iklan
Anis Rizana dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip hasil sebanyak RM65.57 bilion pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pencapaian ini meningkat sebanyak RM10.40 bilion atau 18.85 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM55.17 bilion.

Iklan
Iklan

Katanya, tahun 2024 merupakan kutipan hasil yang tertinggi pasca pandemik dan mencerminkan usaha berterusan JKDM dalam memperkukuhkan kutipan hasil negara melalui penguatkuasaan, pematuhan cukai serta inisiatif digitalisasi yang lebih efesien.

"Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kewangan telah menetapkan unjuran hasil semakan semula berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Belanjawan 2025 sebanyak RM61.17 bilion selepas kita berjaya melepasi unjuran hasil awal tahun sebanyak RM56 bilion.

Iklan

"Sehingga 31 Disember, JKDM telah mencatatkan hasil RM65.57 bilion bersamaan 117.08 peratus berbanding unjuran hasil awal tahun RM56 bilion," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya di sini pada Khamis.

Ditanya mengenai sasaran kutipan hasil pada 2025, beliau berkata JKDM menetapkan sasaran peningkatan kutipan kepada RM 67.25 bilion sebagaimana ditetapkan Kementerian Kewangan dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025.

Iklan

Jelasnya, tahun ini JKDM akan cuba memenuhi dan mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan Kementerian Kewangan.

"Kita berdoa dapat melepasi sasaran tahun ni,” katanya.

Tambah beliau, kecekapan JKDM dalam mengurus kutipan hasil dan memberi fasilitasi perdagangan adalah asas kepada kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

"JKDM bukan sahaja memastikan pendapatan negara kekal utuh, tetapi juga melindungi industri tempatan daripada ancaman seperti penyeludupan dadah dan perdagangan haram di pintu keluar masuk negara," katanya.