Lelaki Orang Asli maut diserang babi hutan

Iklan
Seorang lelaki Orang Asli maut selepas diserang babi hutan di kawasan ladang sawit lombong Selinsing dekat Sungai Koyan pada Rabu. Gambar hiasan. Gambar kecil" Ismail Man

LIPIS - Seorang lelaki Orang Asli maut selepas diserang babi hutan di kawasan ladang sawit lombong Selinsing dekat Sungai Koyan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa dikenali sebagai Johan Yok Boi, 24, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis pada jam 5.55 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati, kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa dari Pos Sinderut bersama empat rakannya telah pergi memburu haiwan terbabit di tempat kejadian.

"Semasa sedang memburu, mangsa telah mendekati seekor babi hutan dan telah melemparkan lembing ke arah haiwan liar terbabit.

Iklan

"Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat melarikan diri menyebabkan haiwan itu mengamuk lalu menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, akibat serangan terbabit, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian paha kerana tusukan taring haiwan terbabit.

Iklan

Jelasnya, mangsa telah dihantar ke Klinik Sungai Koyan untuk rawatan awal dan seterusnya dirujuk ke hospital kerana kecederaan serius yang dialami.

"Semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan urat besar paha sebelah kanan terputus.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) akibat serangan haiwan liar," katanya.