Wanita Thailand diberkas cuba seludup 1,650 peket tembakau

Iklan
Pegawai AKPS melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita warga Thailand.

RANTAU PANJANG - Taktik seorang wanita cuba menyeludup masuk tembakau ke negara ini dengan menyembunyikannya dalam bonet kereta bersama barangan lain, gagal apabila dikesan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pada Rabu.

Unit Komunikasi Korporat AKPS menerusi kenyataan pada Khamis berkata, ia hasil pemeriksaan rutin dilakukan pegawai AKPS terhadap sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita warga Thailand.

Iklan
Iklan

"Kenderaan itu ditahan jam 9.30 pagi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini.

"Dalam pemeriksaan itu, kita menemui 1,650 peket tembakau yang cuba diseludup masuk ke Malaysia secara haram daripada Thailand," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, pegawai itu turut merampas 24 pasang kasut but dan 178 bekas ubat dengan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM16,418.

"Wanita terbabit ditahan, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk siasatan serta tindakan lanjut," ujarnya.

Iklan