7 maut dalam insiden rempuhan di selatan India

Iklan
Seramai tujuh penganut Hindu maut dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di Tirupati, selatan India pada petang Rabu. Foto hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh penganut Hindu maut dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di Tirupati, selatan India pada petang Rabu.

Kejadian berlaku apabila ratusan orang berebut untuk mendapatkan token khas bagi memasuki Venkateswara Swamy di Andhra Pradesh, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Puluhan orang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Ribuan penganut agama itu berkumpul di bandar Tirupati menjelang satu perayaan.

Iklan

Ketua pengurusan kuil menyatakan bahawa insiden rempuhan itu adalah"satu kemalangan semata-mata." - Bernama

Iklan