Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus tahun ini

Iklan
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut selain kenaikan kos bahan mentah. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga hartanah di Lembah Klang dijangka meningkat antara tiga hingga empat peratus tahun ini terutamanya rumah bertanah di kawasan Petaling Jaya, kata syarikat perkhidmatan hartanah CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd (CBRE|WTW).

Pengarah bersekutu penyelidikan dan perundingannya, Mary Kurien berkata, peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut selain kenaikan kos bahan mentah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesukaran membeli rumah bertanah di Lembah Klang terutamanya di beberapa kawasan seperti Petaling Jaya, Bangsar, Mont Kiara, Hartamas dan Subang.

"(Projek rumah bertanah) sangat aktif di Semenyih, Rawang dan Puncak Alam. Skim (perumahan bertanah) baharu sedang pesat dibina, tetapi selalunya ia berada jauh dari bandar,” katanya pada sidang media sempena pembentangan laporan"Sustaining Game Changers: Malaysia Real Estate Market Outlook 2025” agensi itu di sini pada Khamis.

Iklan

Kurien berkata, memandangkan permintaan terhadap kediaman sentiasa ada dan harga hartanah sering meningkat, adalah lebih baik untuk membelinya sekarang kerana terdapat potensi berlakunya kenaikan harga.

Menurutnya, permintaan terhadap hartanah bertingkat berdekatan dengan stesen Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) juga tinggi.

Iklan

"Jadi terdapat peralihan yang agak menarik apabila harga unit sedia ada berhampiran stesen kereta api terjejas susulan berlakunya gangguan akibat pembinaan MRT.

"Bagaimanapun, apabila ia (stesen MRT) siap sepenuhnya, sewa, aktiviti penyewaan dan aktiviti pelaburan di kawasan tersebut kembali rancak,” katanya. - Bernama